You are here: Home Resepi Resepi Muffin Lemon Poppy Seed

Resepi Muffin Lemon Poppy Seed

E-mail Print PDF

Setelah resepi Muffin Coklat dimuatkan hari tu, nampaknya mendapat sambutan menggalakkan. Sememangnya tidak sukar menghasilkan muffin sendiri di rumah jika tahu caranya. Kali ni saya akan berikan resepi Muffin dengan perasa Lemon Poppy Seed, biasanya muffin seperti ini hanya di ajar kepada mereka yang menghadiri kelas membuat muffin di pusat bakery terpilih. Secara umumnya cara membuat muffin agak sama, yang membezakan satu jenis muffin dengan jenis yang lain adalah perasanya. Muffin Lemon Poppy Seed ini sesuai bagi mereka yang gemarkan muffin yang mempunyai kelainan dari segi rasanya. Jika anda membuatnya, percayalah ia seperti muffin istimewa dengan rasanya yang unik.

Cara Membuatnya:

 

 

Bahan A :

170 gram tepung gandum

50 gram ground almond

¼ sudu kecil garam

2 sudu baking powder


Bahan B :

160 gram mentega (dicairkan)

180 gram gula

4 biji telur

1 sudu kecil perisa lemon

Bahan C :

30 gram poppy seed

Sedikit pewarna kuning (supaya warna muffin lebih cantik)


Cara penyediaan :

-          Panaskanketuhar 180’C selama 15 minit.

-          Ayak bahan A kecuali almond groud terlebih dahulu.

-          Masukkan semua  bahan A ke dalam bekas adunan.

-          Kemudian, campurkan bahan B satu persatu dan C.

-          Pukul adunan hingga sebati dengan pemukul belon.

-          Masukkan dalam cup kertas, siap untuk dibakar. Bakar selama 20 minit.


Tips

-          Ayak tepung dan baking powder terlebih dahulu sebanyak 3 kali.

-          Bakar almond ground terlebih dahulu dalam ketuhar selama 10 minit pada suhu 150’C.

-          Dulang pembakar perlu dipusing setiap 10 minit di dalam ketuhar untuk mendapat muffin yang masak rata.


Selamat mencuba…!

 

 

Add comment


Security code
Refresh

Multi_Kids___Banner
BabyCakes2u menghasilkan pelbagai produk secara HOME-MADE (DARI RUMAH)  di Bandar Baru Bangi.  Kami menyediakan pelbagai design CAKES, CUPCAKES, MUFFIN dan PRODUK COKLAT  untuk tempahan. Sila KLIK DI BAWAH untuk menempah:

 question-mark_new

Sungguh mudah!!!

1.  Sila klik ruangan PRODUK & HARGA di bahagian atas web ini untuk melihat sampel produk.

2. Isikan form yang terdapat di atas.

3. Kami akan reply order anda secepat mungkin.

4. Sekiranya anda berpuas hati dengan quotation kami, anda boleh membuat pembayaran (Maybank / CIMB Bank)

5. Kami akan meyediakan tempahan anda pada tarikh yang dikehendaki.

6. Ada soalan? HUBUNGI  018-6222 955 (SMS SAHAJA)  ATAU  012-2940 779 (Lynn)

Lokasi BaByCakes2u

Sila Klik Map Untuk Saiz  Lebih Besar

map_babycakes2u-1