You are here: Home Resepi Resepi Kuih Lapis

Resepi Kuih Lapis

E-mail Print PDF

Kuih_LapisHari ini agak sukar untuk mencari kuih tradisional yang sedap untuk dinikmati, termasuklah kuih lapis. Sebenarnya bukan sukar untuk membuat kuih lapis ini, yang penting anda tahu resepi dan langkah-langkah membuatnya. Apabila berkesempatan luangkan masa membuat kuih ini dan hidangkan  kepada ahli keluarga atau saudara mara anda sewaktu sarapan pagi atau minum petang, mereka pasti memuji kuih hasil tangan anda sendiri. Cubalah!

Bahan-bahan :

 

2 cawan tepung gandum

2 cawan tepung jagung

1 cawan gula pasir

8 cawan santan kurang pekat

1 sudu kecil garam

Pewarna ikut kegemaran


Cara penyediaan :

- Adunan perlu dikisar 2 kali untuk pengisar saiz biasa. Jadi,  bahagikan adunan kepada 2.

- Masukkan santan, garam dan gula  ke dalam pengisar (blander).

- Kisar seminit dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung.

- kisar lagi sehingga halus. Tapis adunan.

- Bahagikan adunan kepada 2 atau tiga warna yang disukai.

- kukus adunan tadi mengikut warna selapis demi selapis.

- setiap lapis perlu dikukus lebih kurang 2 minit.

- siap untuk dihidang…


Tips:

1. Loyang perlu dipanaskan di dalam kukusan (steamer) terlebih dahulu selama 5 minit supaya adunan tidak melekat apabila dikeluarkan.

2. Lapisan pertama perlu lebih tebal berbanding lapisan yang seterusnya supaya selepas dipotong kuih  senang ditarik keluar untuk dihidangkan. Contohnya, jika setiap lapis guna 2 senduk, maka lapisan pertama guna 3 senduk.

3. Santan jangan terlalu pekat, kerana kuih akan menjadi keras.

 

Selamat mencuba….!

 

Add comment


Security code
Refresh

Multi_Kids___Banner
BabyCakes2u menghasilkan pelbagai produk secara HOME-MADE (DARI RUMAH)  di Bandar Baru Bangi.  Kami menyediakan pelbagai design CAKES, CUPCAKES, MUFFIN dan PRODUK COKLAT  untuk tempahan. Sila KLIK DI BAWAH untuk menempah:

 question-mark_new

Sungguh mudah!!!

1.  Sila klik ruangan PRODUK & HARGA di bahagian atas web ini untuk melihat sampel produk.

2. Isikan form yang terdapat di atas.

3. Kami akan reply order anda secepat mungkin.

4. Sekiranya anda berpuas hati dengan quotation kami, anda boleh membuat pembayaran (Maybank / CIMB Bank)

5. Kami akan meyediakan tempahan anda pada tarikh yang dikehendaki.

6. Ada soalan? HUBUNGI  018-6222 955 (SMS SAHAJA)  ATAU  012-2940 779 (Lynn)

Lokasi BaByCakes2u

Sila Klik Map Untuk Saiz  Lebih Besar

map_babycakes2u-1