You are here: Home Blog Blog **COSTUMER BARU ~ SILA BACA DAHULU!

**COSTUMER BARU ~ SILA BACA DAHULU!

E-mail Print PDF

20/4/2012

Kali ni saya buat thread khas memandangkan ada beberapa perkara yang perlu saya terangkan kepada anda semua, terutama kepada costumer baru.

1)  Secara umumnya, segala urusan tempahan dibuat 100% melalui online, so anda tak perlu datang ke rumah untuk menempah sebab tiada sample atau contoh yang ready made. Apa yang saya paparkan pada web, itulah hasil kerja yang saya boleh hasilkan.  Anda hanya perlu datang pada waktu datang pick up.

2)  Kini saya tidak lagi pick up call dari costumer  walaupun call berkali-kali. Harap anda semua faham sebagai suri rumah, most of the time saya busy menyiapkan tempahan, atau mengemas rumah, atau menyediakan keperluan keluarga. So jika anda ada pertanyaan, sila SMS atau email sahaja. Bila kelapangan, saya akan reply pertanyaan anda. Kadangkala, saya akan minta En. Suami jawabkan sms atau email supaya pertanyaan anda dijawab secepat yang boleh.

3) Sebelum menempah, sila baca cara-cara untuk menempah yang terdapat di tepi sebelah kanan web ni. Kalau sekadar nak tahu harga kek pun takde masalah isi form order dahulu. Tak semestinya anda perlu menempah jika telah mengisi form.

4) Setiap tempahan anda insya Allah saya akan buatkan yang terbaik. Tak perlu risau untuk menempah walaupun tak pernah bersua muka. Saya dah disclose semua maklumat tentang diri dan alamat rumah untuk membuktikan komitmen saya. Alhamdulillah, setakat ni dah ribuan tempahan dibuat tanpa ada masalah.

5) Jika nak menempah dengan deko yang ada gambar Edible Image, sebaiknya order dibuat 2 minggu atau seminggu sebelum tarikh pick up. Ini kerana kebanyakan gambar edible tu saya perlu tempah dengan supplier. Tapi jika anda last minute baru nak order, boleh bertanyakan dahulu jika saya yang ready made stok atau boleh buat special order dengan supplier.

6) Oleh sebab kekangan masa, saya kini tidak lagi sediakan khidmat delivery. Jadi anda perlu self pick di rumah saya di Bandar Baru Bangi. Saya menghargai sesangat costumer yang sanggup datang pick up dari Klang, Damansara, Shah Alam, Nilai, Seremban even dari Johor pun ada.

7) Lastly, sebelum datang pick up sila teliti map yang saya sertakan pada web. Map tersebut dibuat bagi memudahkan anda ke sini terutama bagi anda yang tak biasa dengan Bandar Baru Bangi. Juga catatkan alamat lengkap seperti yang tertera agar dapat menjimatkan masa sewaktu datang pick up nanti.

 

 

Add comment


Security code
Refresh

Galeri

There are no pictures available in the gallery.
Multi_Kids___Banner
BabyCakes2u menghasilkan pelbagai produk secara HOME-MADE (DARI RUMAH)  di Bandar Baru Bangi.  Kami menyediakan pelbagai design CAKES, CUPCAKES, MUFFIN dan PRODUK COKLAT  untuk tempahan. Sila KLIK DI BAWAH untuk menempah:

 question-mark_new

Sungguh mudah!!!

1.  Sila klik ruangan PRODUK & HARGA di bahagian atas web ini untuk melihat sampel produk.

2. Isikan form yang terdapat di atas.

3. Kami akan reply order anda secepat mungkin.

4. Sekiranya anda berpuas hati dengan quotation kami, anda boleh membuat pembayaran (Maybank / CIMB Bank)

5. Kami akan meyediakan tempahan anda pada tarikh yang dikehendaki.

6. Ada soalan? HUBUNGI  018-6222 955 (SMS SAHAJA)  ATAU  012-2940 779 (Lynn)

Lokasi BaByCakes2u

Sila Klik Map Untuk Saiz  Lebih Besar

map_babycakes2u-1