Selepas berbalas email, Puan Hafidza minta saya sediakan sebiji kek yang menjadi idaman puteranya. Beliau minta kek kali nie dengan hiasan kereta dan motor. Saya sediakan kek bulat dengan saiz 8”. Memandangkan kek ini untuk meraikan ulang tahun ke- 3, saya sediakan trek berbentuk nombor tiga dengan buttercream di samping hiasan lain yang sesuai. Selain itu, beliau juga menempah satu set coklat oreo dengan edible image puteranya. Puan Hafidza sangat berpuas hati dengan tempahan kali nie. Terima kasih sudi menempah…..






