Salam..
Entry kali ni adalah kek harijadi yang ditempah oleh client dari Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. Puan Liza menempah kek untuk menyambut ulangtahun ke 3 puteranya. Dengan melihat contoh kek kami yang terdahulu, Puan Liza mahukan sebiji kek dengan edible image Upin dan Ipin bertemakan garden, sesuai dengan usia birthday boynya. Kek ini pun saya gunakan teknik ‘steamed buttercream’ kerana rasanya nanti lebih sedap dan kanak-kanak pasti menyukainya. Dengan hiasan ‘garden theme’, kek ini nampak menarik sekali bersama hiasan dari sugarpaste.











