You are here: Home Blog Blog

Blog

Apa Yang Anda Perlu Tahu

2/2/2012

Kali ni saya buat thread khas memandangkan ada beberapa perkara yang perlu saya terangkan kepada anda semua, terutama kepada costumer baru.

1)  Secara umumnya, segala urusan tempahan dibuat 100% melalui online, so anda tak perlu datang ke rumah untuk menempah sebab tiada sample atau contoh yang ready made. Apa yang saya paparkan pada web, itulah hasil kerja yang saya boleh hasilkan.  Anda hanya perlu datang pada waktu datang pick up.

2)  Kini saya tidak lagi pick up call dari costumer  walaupun call berkali-kali. Harap anda semua faham sebagai suri rumah, most of the time saya busy menyiapkan tempahan, atau mengemas rumah, atau menyediakan keperluan keluarga. So jika anda ada pertanyaan, sila SMS atau email sahaja. Bila kelapangan, saya akan reply pertanyaan anda. Kadangkala, saya akan minta En. Suami jawabkan sms atau email supaya pertanyaan anda dijawab secepat yang boleh.

3) Sebelum menempah, sila baca cara-cara untuk menempah yang terdapat di tepi sebelah kanan web ni. Kalau sekadar nak tahu harga kek pun takde masalah isi form order dahulu. Tak semestinya anda perlu menempah jika telah mengisi form.

4) Setiap tempahan anda insya Allah saya akan buatkan yang terbaik. Tak perlu risau untuk menempah walaupun tak pernah bersua muka. Saya dah disclose semua maklumat tentang diri dan alamat rumah untuk membuktikan komitmen saya. Alhamdulillah, setakat ni dah ribuan tempahan dibuat tanpa ada masalah.

5) Jika nak menempah dengan deko yang ada gambar Edible Image, sebaiknya order dibuat 2 minggu atau seminggu sebelum tarikh pick up. Ini kerana kebanyakan gambar edible tu saya perlu tempah dengan supplier. Tapi jika anda last minute baru nak order, boleh bertanyakan dahulu jika saya yang ready made stok atau boleh buat special order dengan supplier.

6) Oleh sebab kekangan masa, saya kini tidak lagi sediakan khidmat delivery. Jadi anda perlu self pick di rumah saya di Bandar Baru Bangi. Saya menghargai sesangat costumer yang sanggup datang pick up dari Klang, Damansara, Shah Alam, Nilai, Seremban even dari Johor pun ada.

7) Lastly, sebelum datang pick up sila teliti map yang saya sertakan pada web. Map tersebut dibuat bagi memudahkan anda ke sini terutama bagi anda yang tak biasa dengan Bandar Baru Bangi. Juga catatkan alamat lengkap seperti yang tertera agar dapat menjimatkan masa sewaktu datang pick up nanti.

 

Last Updated on Sunday, 05 February 2012 12:51
 

Birthday Cake Angry Bird II

Kali ini sekali lagi paparan kek Angry Bird, tema yang tengah hangat di pasaran. Cuma untuk kali ini kami mencipta sedikit kelainan iaitu dekorasi dibuat dengan membentuk muka salah satu karekter Angry Bird. Gambar di tengah kek adalah edible image yang ditempah khas, manakala dekorasi sekeliling kek adalah buttercream yang dihasilkan mengikut warna bentuk muka watak tersebut. 

Last Updated on Tuesday, 17 January 2012 20:03
   

Birthday Cake Rainbow Color

Pelbagai request diterima dari costumer bagi dekorasi kek , ada yang mampu ditunaikan dan ada yang terpaksa ditolak lantaran kekurangan peralatan dan masa untuk menyiapkannya. Secara umumnya, kami menggalakkan costumer mengemukakan sebarang request, dan setiap request tersebut akan dinilai sebelum dimaklumkan kembali kepada costumer. Perbincangan dan persetujuan kedua-dua pihak penting sebelum order dikira confirm, agar dapat mengelak salah faham kemudian nanti.

Begitu juga dengan kek ini, dekorasi adalah request dari costumer yang meminta dibuatkan kek dengan corak star menggunakan warna-warna seperti pelangi. Hasilnya adalah seperti kek yang dipaparkan di bawah, tampak menarik dengan ilham warna yang ceria...

Last Updated on Tuesday, 17 January 2012 20:00
   

Birthday Cake Untuk Ibu Tersayang

Kek dengan tema hadiah sesuai sebagai surprise untuk ibu atau bapa tersayang. Kek ini menjadi Affan, regular costumer yang sporting banget untuk dibawa pulang ke kampungnya di Terengganu (fyi:sama negeri dengan saya...) Kemudian mendapat feedback dari Affan, kek ni selamat tiba di Terengganu dan ibunya sangat gembira menerima kejutan dari anak nya...

Last Updated on Tuesday, 27 December 2011 23:25
   

Birthday Cake Spiderman

Kali ni, kek dengan standing edible image menjadi pilihan costumer dari Ampang.  Watak Spiderman begitu diminati oleh birthday boy. Saya padankan semua dekorasi yang sesuai dengan watak superhero ini. Hampir semua dekorasi dibuat menggunakan sugarpaste. 

Last Updated on Thursday, 05 January 2012 10:47
   

Birthday Cake Minnie Mouse

Untuk birthday girl, salah satu tema yang menjadi pilhan adalah tema Minnie Mouse. Penggunaan edible image sebagai main deko, dan dipadankan dengan tema warna pink, nampak sesuai sekali dengan image Minnie Mouse. Tak ketinggalan, wording diperbuat menggunakan sugarpaste untuk menambahkan seri pada kek.

Last Updated on Tuesday, 27 December 2011 23:11
   

Birthday Cake Angry Bird

Kini demam Angry Bird dah melanda, ke mana-mana kita pergi mesti akan terlihat imej Angry Bird. Begitu juga dengan tempahan kek, tema Angry Bird sangat hangat di pasaran. Pelbagai pilihan gambar untuk Angry Bird ni, boleh pilih yang mana anda berkenan...

Last Updated on Tuesday, 27 December 2011 23:08
   

Birthday Cake Thomas & Friends

Satu lagi kek yang ditempah oleh regular costumer yang kebetulan jiran setaman, kali ni kek bertemakan Thomas & Friends adalah untuk birthday boy. Hiasan di tengah adalah edible Thomas dan dekorasi yang dibuat bersesuaian dengan tema tersebut. Topping chocolate ganache menjadi pilihan bagi kek ini...

Last Updated on Tuesday, 27 December 2011 22:51
   

Kek Tema Hadiah

Kek dengan tema bentuk hadiah ini sering menjadi pilhan pelanggan. Dihiasi dengan gambar birthday boy yang diperbuat dari edible image, manakala bentuk riben diperbuat menggunakan sugarpaste. Bagi penggemar coklat, topping chocolate ganache tentunya menjadi pilihan.

Last Updated on Tuesday, 27 December 2011 22:47
   

Cupcakes For Doorgift

Cupcakes juga sering menjadi pilihan untuk dibuat sebagai cenderamata atau doorgift. Kali ini cupcakes dipilih oleh salah seorang regular costumer untuk dibuat sebagai hadiah kepada rakan-rakan sekerja di pejabat. Cupcakes yang dihiasi dengan dekorasi buttercream dan sugarpaste ini kemudian diletak dalam dome container. Memang amat sesuai sebagai cenderamata dari hati yang tulus ikhlas...

Last Updated on Tuesday, 27 December 2011 22:44
   

Garden Theme Cupcakes

Setelah hilang waktu-waktu sibuk, kini baru ada masa untuk entry terbaru. Kali ni giliran cupcakes bertemakan garden, set ini adalah 16 pcs size Medium. Untuk tampak lebih menarik, dihiasi juga dua ekor kumbang yang singgah di taman. 

Last Updated on Tuesday, 27 December 2011 22:40
   

Angry Birds Cupcakes

Tema Angry Bird begitu diminati sejak akhir-akhir ini. Banyak tempahan kek atau cupcakes dengan tema tersebut. Salah satunya cupcakes kali ni disediakan dengan 12 biji dengan edible image Angry Birds manakala 13 biji lagi dengan dekorasi yang sesuai. Edible image ini boleh dan selamat dimakan, jadi customer tak perlu bimnang atau ragu.

Last Updated on Monday, 05 December 2011 17:24
   

Spiderman Deco Cake

Salam...

Edile image dengan watak hero dalam cerita kanak-kanak memang menarik jika digabungakan dengan birthday boy atau birthday girl. Tentu mereka akan teruja melihatnya. Pada customer yang berminat untuk menggabungkan gambar anak dengan watak tertentu, tempahan perlu dibuat lebih awal sekurangnya  seminggu sebelum. Kek kali ni saya sesuaikan dekorasinya dengan watak Spiderman. Terima kasih pada yang menempah..

Last Updated on Monday, 05 December 2011 17:37
   

Football Field Cake

Salam...

Gembira dapat bertemu lagi  dengan Puan Yus. Pada Mei lalu saya menyediakan tempahan untuk perkahwinannya di Kuala selangor. Kali ni beliau sampai ke rumah saya untuk mengambil tempahan kek untuk anak buahnya yang akan berkhatan  di Putrajaya. Kek dengan tema bola sepak bersama toys ini dihiasi dengan buttercream. Keliling kek pula  dihiasi dengan coklat berbentuk bola yang pastinya akan menarik minat kanak-kanak yang melihatnya. Terima kasih buat Yus dan suami. Selamat berbahagia menunggu kelahiran cahaya mata nanti, insyaALLAH...

Last Updated on Monday, 05 December 2011 17:09
   

Birthday Cake Lagi

Salam...

Syukur alhamdulillah atas rezeki yang tak putus-putus dari Allah S.W.T. Kini tempahan makin banyak diterima dan semakin ramai yang menjadi regular costumer. Ada juga costumer baru yang memberitahu kawan-kawan atau saudara mara mereka yang recommend untuk menempah dengan kami. Berbanyak terima kasih atas recommendation anda semua, insya Allah saya akan terus buat yang terbaik untuk anda semua....

Berbalik kepada tempahan ini, dekorasi yang dibuat antara pilihan ramai pelanggan. Dekorasi yang tampak menarik ini sesuai untuk dibuat tema birthday, warna tema pula boleh diubah mengikut kehendak pelanggan. 

 

   

Birthday Cake Garden Theme

Ligat jugak kepala berfikir nak buat kek tema garden dan lain sikit daripada yang dah biasa buat. Kek kali buat untuk regular customer dan memang jiran setaman yang memang tak jemu menempah. Saya sediakan kek saiz 9” dengan topping buttercream. Untuk dekorasi, saya memang suka gunakan sugarpaste sebab nampak kemas kerjanya dan cantik.

 

   
  • «
  •  Start 
  •  Prev 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  4 
  •  5 
  •  6 
  •  7 
  •  8 
  •  9 
  •  10 
  •  Next 
  •  End 
  • »

Galeri

There are no pictures available in the gallery.
Multi_Kids___Banner
BabyCakes2u menghasilkan pelbagai produk secara HOME-MADE (DARI RUMAH)  di Bandar Baru Bangi.  Kami menyediakan pelbagai design CAKES, CUPCAKES, MUFFIN dan PRODUK COKLAT  untuk tempahan. Sila KLIK DI BAWAH untuk menempah:

 question-mark_new

Sungguh mudah!!!

1.  Sila klik ruangan PRODUK & HARGA di bahagian atas web ini untuk melihat sampel produk.

2. Isikan form yang terdapat di atas.

3. Kami akan reply order anda secepat mungkin.

4. Sekiranya anda berpuas hati dengan quotation kami, anda boleh membuat pembayaran (Maybank / CIMB Bank)

5. Kami akan meyediakan tempahan anda pada tarikh yang dikehendaki.

6. Ada soalan? HUBUNGI  018-6222 955 (SMS SAHAJA)  ATAU  012-2940 779 (Lynn)

Lokasi BaByCakes2u

Sila Klik Map Untuk Saiz  Lebih Besar

map_babycakes2u-1